Mari Belajar Mengenal Huruf Jawi bersama TABIKA KEMAS
6 Mei 2015 | Aktiviti TerkiniPada 6 Mei 2015, Pusat Internet Padang Besar (s) telah mengadakan aktiviti bersama kanak-kanak tadika berumur empat sehingga lima tahun. Aktiviti ini diadakan pada waktu sekolah iaitu pada pukul 9.00 pagi sehingga 10.30 pagi bertempat di Pusat Internet Padang Besar (s). Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada kanak-kanak tadika tentang penggunaan internet dan juga memberi peluang ke pasa mereka untuk menggunakan komputer.
Aktiviti ini dimulakan dengan tayangan video pembelajaran huruf jawi beserta lagu. Kemudian, mereka diberi latihan mewarna sambil mengenal huruf jawi melalui huruf yang dipaparkan pada skrin supaya mereka lebih memahami huruf yang dipelajari. Menerusi aktiviti ini, kanak-kanak tadika ini mendapat pendedahan awal tentang komputer.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: